Assalamualaikum :)
CINTA ITU SEKS dan SEKS ITU CINTA?
Amboii, salah dah ni! Ini semua akal dan jiwa orang yang lemah iman. Disebabkan benda ni yang bawa banyak maksiat. Lepas maksiat, mengandung. Lepas mengandung, kena buang keluarga. Lepas tu taktahu nak buat apa, bunuh diri.
Catatan awal entri ini : Maaf jika bahasa yang bakal digunakan kurang sesuai untuk dibaca remaja bawah 15 tahun tetapi ini untuk pengajaran bersama :)
Cinta itu untuk jiwa.
Nafsu itu untuk tubuh badan.
Maka dari itu kalau pasangan anda berkata cinta, itu semua dusta (dalam kebanyakan kes). Cuba tanya apa yang mereka tertarik dengan anda? Apa yang mereka suka tentang anda? Apa yang mereka idamkan dari anda? Okay, tak perlu nak tipu kerana pada hakikatnya mereka semua dahagakan tubuh anda semata. Kalau tak percaya, mari lakukan satu eksperimen yang mana hipotesisnya ''Nafsu itu untuk badan''. Dan pastikan anda mengandung :)
Pada akhir eksperimen, adakah mereka sanggup terima anda lagi? Atau mereka akan lari? Atau mereka akan 'menolong' anda untuk 'cuba menjernihkan keadaan' dengan suruh melakukan sesuatu yang bakal membuat nyawa dalam bahaya?
Perempuan. Jangan jadi murah! Betapa tingginya darjat seorang yang digelar wanita. Ingatlah kaum lelaki, Allah Maha Mendengar doa orang orang yang teraniaya, ditipu, dan difitnah. Terutamanya kaum hawa. Tapi kalau perangai kaum wanita sendiri seolah olah 'rela dalam paksa'', tiada ertinya doa itu semua. Mula mula berpegangan tangan. Kalau tak pegang pun mungkin terpegang. Bila dah terpegang dikatanya ''Sorry''.
Itu hanya pelan pertama. Bila dah setan, iblis, segala jenis jin mula tumpang sekaki, apa sudah jadi?
Saya tidak merujuk kat semuaaa perempuan sedangkan saya juga seorang perempuan. Ehem, remaja yang sedang mencuba sesuatu yang baru. Biasalah. Tapi yang pelik, makin terbiasa kita baca di dada dada akhbar. Remaja mengandung, pelatih PLKN buang bayi di tandas kem, penuntut IPT direman ekoran kes buang bayi. Terpelajar tapi BODOH juga. Di mana letaknya maruah yang diperkatakan? Malu? Ahh, malu hanya pada kata kata.
Saya tidak mengatakan bahawa saya seorang yang baik dan bersifat maksum. Tidak sama sekali. Tetapi setidaknya, saya masih waras dan masih boleh berfikir antara baik dan buruk, dosa dan pahala, halal dan haram dan cinta atau nafsu semata. Berfikirlah mengikut logik akal, bukan dengan pengaruh budaya kuning. Perlukah seks ketika di bangku persekolahan? Kenapa bertanya kepada orang walhal aku sendiri masih bersekolah? Hihi.
Maka wahai kaum sejenisku, ingin kutegaskan di sini. Tinggalkan lelaki yang hanya mahukan kamu semua kerana ingin melampiaskan nafsu kerana ia takkan berkekalan. Kalau mereka dah bosan dan muak, sumpah mati kamu semua akan ditinggalkan. Bak kata pepatah, habis madu, sepah dibuang. Percayalah. Ops! Saya tiada pengalaman dalam hal ini tetapi mengambil iktibar dari pembacaan. Dunia di hujung jari. Memang benar frasa itu. Dunia di hujung jari bila kita pandai mengunakannya. Mencari bahan untuk pengetahuan am. Bukan membuka butang baju dan zip seluar!
Sekali lagi saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang ketelanjuran kata pada entri ini. Al-maklumlah, saya juga manusia biasa yang takdapat lari dari melakukan kekhilafan. Assalamualaikum.

0 comments:
Post a Comment