Assalamualaikum.
Saya tahu hari ini bukan hari Jumaat tapi saya sanggup mengorbankan masa tidur saya demi entri ini.
Kepada anda yang terasa diri anda adalah subjek saya, saya takmahu awak tahu saya sayang awak ataupun tidak. Saya taknak awak peduli tentang saya, yang mana langsung tiada kaitan dengan hidup awak. Tapi tolonglah fikirkan masa depan awak, perasaan keluarga awak, dan juga diri awak! Memang saya rasa hak saya untuk bercakap soal ini samar samar tapi ini untuk kebaikan awak juga.
Saya terima awak kerana diri awak sendiri. Bukan kerana siapa awak pada masa akan datang atau apa yang awak lakukan pada masa lalu. Itu semua bukan urusan saya. Tapi saya ambil peduli apa yang awak lakukan sekarang. Awak, tolonglah, jangan lakukannya lagi. Saya taknak awak terus hanyut dalam dunia yang awak cipta. Saya takmahu awak terus digoda oleh syaitan laknatullah.
Maaf kalau awak rasa entri kali ini melukakan hati awak atau sebagainya. Tidak terniat. Cuma, berhenti dari melakukannya. Tolonglah. Jangan rosakkan diri awak dengan perkara yang tidak sepatutnya. Jangan hancurkan masa depan awak. Jangan lakukannya lagi. Saya tak minta awak berubah, saya tak minta awak berkorban harta dan nyawa untuk saya, saya tak minta apa pun cuma jangan hampiri perkara itu lagi. Saya tahu awak baik, saya tahu awak ada apa yang tiada pada orang lain.
Awak pandai membaca maka awak pandai menilai apa yang saya katakan. Saya rayu, jangan lakukannya. Lagi. Sejarah pasti berulang.

0 comments:
Post a Comment