Assalamualaikum.
Ya, entri yang tidak bergambar.
Umum sedia maklum bahawa aku memang dalam proses nak neutralkan emosi dan sebagainya. Tapi aku faham, bukan semua orang berada dalam posisi aku. Tidak menjadi masalah lantaran aku tidak menghebohkannya ke serata dunia. Tapi sayangnya, kau telah menghangatkan lagi hatiku yang sedang hangat.
Eh, salah aku? Barangkali. Aku tidak suka menuding jari ke orang lain sekiranya memang aku yang bersalah. Tetapi, jika kau seorang yang prihatin, kau akan tahu apa yang aku rasakan sekarang. Aku tak minta orang untuk faham aku. Tapi setidaknya, hormat privasi aku. Itu lebih dari mencukupi. Soalan aku, adakah kau menghormati privasi aku?
Mungkin aku di dalam fasa ''Pre-Menstrual System''. Aku hanya seorang remaja yang normal. Fasa itu pasti aku lalui. Yang membuatkan aku kurang mengerti, mengapa begitu sukar untuk kau menjalani hidup seperti manusia biasa? Kenapa mesti meluarbiasakan kenormalan kau? Apa pentingnya aku untuk kau? Aku juga ada kehidupan aku sendiri. Tidak kisah apa perasaan kau, aku ada hak untuk menentukan hidup aku. Tolonglah berfikiran matang. Takkan itu pun aku kena nasihatkan?
Dah banyak kali aku cakap, aku nasihatkan dan kadang kadang aku marah kau supaya jangan sesekali menyayangi, merindui atau apa apa pun terhadap aku. Kerana aku tahu satu hari nanti, kau akan sakit hati dengan aku. Dengan perangai aku. Kau belum betul betul kenal siapa aku. Tanyalah kepada mereka yang hari hari jumpa aku, yang dah bertahun kenal aku. Aku rasa mereka sendiri sudah lali dengan tingkahlakuku.
Yang paling penting sekarang ni, kau teramat amat pentingkan diri sendiri. Kau tahu tak? Kau sendiri tak sedar. Aku tak salahkan kau sebab bersikap sedemikian. Maklumlah, bukan kau yang minta jadi macam tu. Pengaruh persekitaran memainkan peranan. Aku faham sangat. Bagi aku, tak ada guna aku nak bahaskan benda ni. Oh, sebelum terlupa. Tolonglah jangan jadikan Facebook sebagai medium untuk melepaskan rasa sakit hati yang semakin bengkak tu. Sangat menjengkelkan.
Dan akhir sekali, aku ni dah tak ada perasaan. Maksud aku, aku ni jenis yang takkisah. Apa nak jadi, jadilah. Sebab tu kalau aku ada masalah pun, serupa aku tak ada masalah. Lebih baik aku fikirkan sesuatu yang merangsang minda. Contohnya, bila fikiran aku nak tenang dari semua masalah orang lain :D
Okay, sampai di sini sahaja. Harap harap kau berubahlah ye? Sebab aku dah letih berperang dengan perasaan sendiri yang macam tak ada kesudahan.

0 comments:
Post a Comment