Saturday, September 24, 2011

Fact.

Kadang kadang, aku rasa hidup ni sangat tidak adil. Semua orang gembira dengan hidup masing masing. Tapi tidak bagi aku. Aku seolah olah tidak layak untuk hidup. Aku sedar. Aku bukanlah seorang anak yang baik, pelajar yang disayangi dan sahabat yang dikasihi. Tapi satu perkara yang pasti, aku tidak pernah minta untuk hidup. Kenapa diberi kehidupan kepada aku, aku sendiri takpasti. Aku tidak kuat untuk menghadapi dugaan Allah. Benar aku tidak kuat. Kenapa mesti ini semua berlaku? Adakah sudah takdir? Ohh, sila pergi ambil pisau dan bunuh aku jika itu memberi sejuta kepuasan. Aku yakin, kewujudan aku tidak diperlukan. Ya Allah, kuatkan aku untuk menghadapi hari esok dan seterusnya. Jika ini takdir-MU, aku relakan jua apa yang telah dan akan berlaku. Tapi aku mohon, berikan ruang, kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian yang Engkau berikan. Andai ini takdir penentu hidupku, aku rela.

0 comments:

Post a Comment