Pernah aku ungkapkan satu kata. Janji yang mengikat aku untuk terus amanah. Tetapi apakah nilai kejujuran dan kepercayaan di mata seorang insan? Adakah sekadar untuk memenuhi lumrah kehidupan?
Thursday, December 15, 2011
Hari Pertama
Assalamualaikum. Okay, hari ni hari pertama aku mula bekerja. Jangan tanya apa perasaan aku. Hari pertama je dah datang lambat. Maaf, Cik Manager. Saya ada driving class pagi tadi. Rasa nak tercabut lutut saya. Pergi 7 Eleven untuk fotostat kad pengenalan tapi lakhanat depan aku tu fotostat segala dokumen satu family taktahulah nak buat apa. Bengang gila sebab sampai je turn aku, kertas dah habis. Sumpah nak mencarut kat muka perempuan tu. Masuk je Pizza Hut, gementar jangan dicerita. Rasa nak gugur jantung. Masuk bahagian dapur, sebab aku memohon position di dapur. Aku terus berjalan menuju bilik Miss Huda. Ahh, takutnya sebab ada sorang budak servis sudah dibambu olehnya. Eh, jap, awat ayat aku skema? Ntah. Nasib baik dia tak marah sebab alasan aku yang agak kukuh. Tapi kejanggalan aku bermaharajalela sebab aku takpernah masuk dapur. So, macam mana aku nak masak? Untuk lebih tepat, buat pizza? Tapi aku berterima kasih dengan Uncle dan Raj kerana tunjuk ajar mereka. Aku masih baru, masih hijau dalam dunia pekerjaan. Semestinya aku perlukan bimbingan. Dan mereka tidak lokek ilmu. Ahh, benda yang aku tidak dapat lupakan, tersalah cakap. Pizza yang sepatutnya delivery, aku pergi cakap untuk take away. Nasib baik tak malu sangat. Hihi. Sekian. Terima kasih kerana membaca :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment