Thursday, December 22, 2011

Tahniah!

Assalamualaikum. Hari ini keputusan Penilaian Menengah Rendah telah pun dikeluarkan. Maka, telah menjadi adat dalam hidupku untuk bertanyakan keputusan kepada junior juniorku. Setakat yang memberitahu aku tu, alhamdulillah, semuanya bagus bagus. Bagus bagi aku kerana mereka tidak gagal. Itu sudah lebih daripada mencukupi. Aku faham. Semasa aku di Tingkatan 3, aku juga mengalami keperitan itu. Susah nak capai target lulus. Adik adik, jangan mudah kecewa dengan keputusan kamu semua. SPM masih ada. Jangan jadikan keputusan peperiksaan sebagai kayu pengukur kepandaian seseorang. Keputusan yang cemerlang belum tentu menjamin kepandaian. Orang yang tidak mendapat A juga boleh berjaya dalam hidup. PMR sudah lepas dan tidak perlu dikesali dengan kekecewaan. Fokus kepada Sijil Pelajaran Malaysia. Tanamkan usaha yang lebih bermula bulan hadapan. Kepada adik adik di SMK Ideal Heights, tahniah dengan keputusan anda. Banggalah dengan usaha itu. Setidak tidaknya anda semua tidak meniru dan itu keputusan yang selayaknya :)

1 comments:

  1. wehhhhh,
    bagusla kau nihh,
    cam tetau jea lagu fevret aku..
    nice blog especially the song..

    ReplyDelete